Wednesday, April 13, 2011

kakakku

Dia lahir awal 2 tahun 3 hari. dia lebih pandai jawab exam, dia lebih cun, dan dia kurus. Sebab tu lah dia nampak macam adikku tapi dia sebenarnya kakakku. Dia pakai kasut saiz 5, aku saiz 7. dia ada iras ayah (walaupun aku langsung tak nampak)tapi dia memang tak ada iras mak, aku selalu disamakan dengan mak (aku x nampak juga samanya). Dia ni suka mengaku dia lupa dengan alasan otak dia mudah padamkan maklumat yang tak penting atau yang tak ada kesan trauma pada ingatannya, boleh gitu? Masalahnya, bila kita nak cerita, kalau  rentetannya tak ingat, tak best lah.  


Ni gambar terbaru kami masa nak depart untuk bercuti ke HCMC. Dia sekarang kerja di KL, aku kerja di Kandis. Jauhnya perbezaan tu.

Apapun, dialah azlong satu-satunya kakakku, walaupun semua orang mengandaikan aku sebagai kakak kepada azlong, kakakku.

-illuminate, enlighten, enable-   

sudah bulan empat

APRIL,
Jadilah saksi kepada kebaikan, saksi kepada jalan yang lurus, saksi kepada suasana gembira dan menyenangkan. Cukuplah 3 kali ulangan April di sini. Andai April ini menjadi titik mulanya, biar tekad terus nekad, dengan langkah tersusun, gerak terus tanpa berpaling. Semoga yang dirasa akan benar terasa.  
-illuminate, enlighten, enable-
usah berpaling