Monday, September 26, 2011

terjumpa muka sendiri

http://aktiv-pdr.fotopages.com/?entry=609989
Assalamualaikum,

Terjumpa gambar ini dalam fotopages yang tak tahu siapa punya. Lepas sorang kawan i posted kat FB. Tapi dalam gambar ni ada mukaku. so, i dah decide nak claim royalti lah... hahahahahhaaaaaaaaaaaaaa

tak dak lah, saja je... heh..
Sebenarnya i nak ucap terima kasih pada tukang amik gambar ni, tukang upload jugak.. i suka tengok gambar ni. sangat muda i time tu, tu yang i paling suka... 
tarikh nya 18 sept 2005. wowww.. dah 6 tahun dah pun.

Sebelah i tu niknad ler, sapo laie? nampak tak cikcak tu? tengok sampai ke lantai jubah dia tu, bukan sebab cak rendah tau.. jubah tu je labuh sangat. ceh...

p/s: rajin sesangat pulok aku post entry hari ni. apa ke hal nya ah??????? xpa lah kan, kebetulan ku ada idea, kalu dang tadop gak, setengah tahun baru update sekali.. lagi pulak,  namanya pun blog ku kan? senyum....


-illuminate,enlighten,enable-


Sunday, September 25, 2011

i suka tapi....

....tapi i tak pandai sangat. Nak g belajo pon macam kena pikir banyak kali. banyak ongkosnya mau keluar. Tapi i yakin i memang suka. Nak kena spend untuk beli alatnya lagi, nak kena ada teknik jugak baru mantap dan dapat hasil yang boleh puaskan hati dan sedapkan mata. Belajar sendiri saja, boleh ke? Komitmen kena ada, tinggi dan continuously jugak tu. skill pon nak kena asah tajam2 tapi nak asah cmana kalo parangnya ngak ada? roy dah tawwar nak jual tu, mampukah dan sanggupkah?
suka saja tak ada maknanya... huh...
-illuminate, enlighten, enable-

kembara hari malaysia part 2 ...... ni ikea ke korea?


.......... sambungannya

katanya nak g ikea sebab nak beli hadioh kawen kengkawan yang dah lama tertangguh. Jum, masih ingat ka jalan ke ikea ning? almaklumlah dah lama kan duk kampung a.k.a pedalaman..... tapi masih ingat rupanya, berkat kuat derak dolu2. 
cikcak dah cop nak belanja daim cake kat sini dan makan meatball jugak. Layan kan je lah kang balik nanti sepanjang jalan ke Sg. Ular duk kesat air liur neleh je kang. jenuh.


kronologi seterusnya........
ke rumah azlong dah maghrib. Beli makan malam untuk gabungkan ngan ayam golek yang azlong dah beli. makan, sembang, mandi. Niknad join family dia tido di hotel (hotel kah?).
tak larat dak sambung sembang ngan cikcak, kami semua tergolek doq tertido sampai tak sedar sape yang dah tutup tingkap bilik bawah umah azlong.. hohoooo seram mistik ni..

zaizaizai punya
mine.. sedap ah paru goreng rempah ni

Esok nya after breakfast ngan azlong ngan abang iz, mau nonton wayang citer pengkelasan hantu oleh azlong... hahaaa.. final destination 5, so azlong tak mau ikut. 
google.com

Dalam hati i duk doa je xdop cite ni, sebab i pon takut sebenarnya. yippppiiiiiiiiiiiii... memang show time tak mengizin kan lah FD5 ni. hahahahahaaa. ada hati yang keciwa, ada juga hati yang gumbira.... (diorang taktau sebab i buat mimik muka cam kecewa jugak, hahaaaa)
bukan rezeki GSC untuk terima duit kita kali ni

jum ah geng, kita shopping lagi syiokkkkkkkkkkkkkkkkkk.... tak ada unsur seram dan takut pon kalu shopping kan?

haaa, sebagai mengubat hati yang lara (diorang lah kan, i hepi je), meh i belikan u all mesin pembuat eskrim sorang satu... pilih lah nak yang mana..

tipu lah, belanja sejukkan tekak je yang i mampu.
cropped bahagian tertentu untuk mengelakkan ada jiwa tercalar

selesai tugasan shopping i, cari nandos plak. yakni wishlist yang seterusnya.
GPS dah jupe nandos, turn right, turn right..

salah aimed lah, patut 2 straws masuk betol2 ke serombong... hahaaa.. sori naik lori niknad

dah kenyang barulah gerak ke KLIA untuk babai adik niknad.


bai bai and best of luck adik
ke anjung tinjau KLIA
 balik ke bangi untuk makan tok arab. hehe.. kekoh kpale dia...
esoknya sudah mahu balik, nape tak puas rasa eh? sabar lah duhai hati ku dan niknad...
After breakfast ngan azlong dan abg iz, terus gerak balik ke kuantan untuk ato cikcak dan pulang ke KT semula. 


bila plak ya? Deepavali maybe?
muaaaaaaahhhhhhhhhhhhhssss.. 
-illuminate, enlighten, enable-

Monday, September 19, 2011

kembara hari malaysia

Assalamualaikum
Cuti 3 hari minggu lepas, amik cuti sehari, so total 4 hari cuti, gumbira... yabedabedoooo.. tujuan utama kembara kali ni adalah nak kena g KLIA anto adik niknad yang akan terbang ke sunderland sambung blajo. Manakala tujuan sampingan adalah tak terperi banyaknya. Memulakan langkah hari rabu nan indah sebab aku tak bekerja tu dengan nunu dapat present dari niknad, singlet putih.. present ni keciiiikkk je, aunty.... hahaaa, peringatan untuk niknad tu..
pastu lantas i, niknad, zaizaizai dan nunu ke kedai tayar, tukar baru 4 bijik sedebuk untuk si KCQ, hambek rm1155 untuk nyonya, dapat percuma shopping bag GY 2bijik. 
jadik lah eh...
ok, settle 1 task. Singgah plak STR jap, beli kain sembahyang batik untuk mak niknad, rm20 sehelai. Seterusnya, balik umah ambik barang, nasib baik nunu tido dah dlm KCQ, xpayah ada drama nak tinggal dia nanti. Sempat lagi retuh buah pelam untuk ole2 kembara kali ni untuk azlong, mak niknad dan cikcak. 

Jum niknad, kita g tengok giant flags ngan banner ada muka i, bila lagi nak tengok muka i kat banner? sedekad lagi pon mungkin tak dak rasanya... hahaaa.. jummmmm.. ke opis i di koleberang kejap tengok deco untuk keceriaan merdeka raya, zaizaizai ambik gambor dari tingkap KCQ je, tak keluar sebab takut kena langgar ngan trailer. Tak nampak sangat pon muka i kan? tak pa lah demi nak menunjuk ke niknad je ni...
i berdiri paling kiri @ the 2nd row
nampak ada 4sided-collimation tu bukti amek gambar berani mati melalui tingkap
Oh, kali ni kami guna lebuhraya baru ke bukit besi. Dalam 20 minit je. 
Sampai Kuantan dalam kul 3 untuk jumpa cikcak dan beraya ke rumah fit dan tengok anak-anak fit sekali, dah 2 org anak fit ni, sekali pon xpenah tengok lagi, zalim sungguh. Awai lagi ni, cikcak & fit belum balik kijo lagi ni,  so pegi ECM dulu. niknad dah kebulur, jum belasah KFC eh. Then janji ngan cikcak jumpa dia depan pagar opis. AJAIB nya kali ni kami kena follow cikcak ke rumah fit.. cukup confident kah kita niknad? hahaaaaaa... 
Syukur, selamat juga sampai dengan kewibawaan cikcak bawak keta. xsangka. Tapi fit yang sampai dulu kat umah dia... padahal masa kami semua gerak dari pintu pagar opis cikcak tu, fit duk meeting lagi. heh...
ada faheem ni
baby haneesha

dah tido, tutup mata, silau.. kellasss tau...
Balik dari umah fit, terus je nak ke umah sewa cikcak kat Sg. Ular, kampung dia kat Lipis pon nama Sg. Ular juga rasanya. Sebelum sampai umah cikcak, tetiba niknad ngan i terlapar lah pulak.... pusing balik cari kedai makan. Sedap gak makanan nih. kenyang sudah lah...
Sampai umah cikcak, tido je lah, esok nak bangun awal untuk tengok sunrise....yeyeeeeehhhh
luv this

and this too, walaupun ada setitis air

Best nya pantai kat belakang umah cikcak ni. dah siap kecebur dan pose2 ala2 syiok tu, balik umah dan bersiap untuk teruskan kembara. 2 jam perjalanan, sampai KL... 
yessss. dah lama ku rindu... hahaaaa

Perkara pertama ialah.... makan kat pak lang. Ngam2 kitorang sampai jam 1, orang opis baru start langkah untuk keluar lunch. Sempatlah niknak dapat keli bakar. Makan dengan tekun tanpa tertoleh kanan kiri, pas dah burp (tak alhamdulillah ke?) baru boleh toleh tengok gelagat orang ramai dalam kedai pak lang ni. 
Ke mana kita seterusnya eh? tunggu........
sedap, cicah ngan air asam tu, tangan akan melekat bau seharian... terbaek ah

............bersambung


-illuminate, enlighten,enable-

Friday, September 2, 2011

mari membeli tudung raya

Assalamualaikum,

Weekend lepas, i ngan niknad cuti 2 hari. lega betul. si zaizaizai ngan nunu pon ikut sekali.
Hari khamis dah terkono ngan kepok lekor, tak pa lah nak mencekik punya pasal, tapi still kedai kepok ning kena perbaiki banyak lagi dari segi servis dia (kalau nak jadi bagus dan disukai oleh orang ramai, bukan setakat orang suka sebab kepok tu sedap semata-mata).
Berbalik kepada tajuk utama semula, azlong ngan hubby nya dah balik kampung, dah start cuti dah diorang, sedang kan i masih terus gigih datang kerja.
So, hari jumaat dah plan nak g cari tudung raya. yipppiii. gumbira gumbira.
niknad pon dah terbuka pintu hati dia (i xtau mcamana) nak beli tudung ariani. so antara misi utama jugak adalah tudung niknad. Sepanjang perjalanan tu i dah berdoa doa doa doa dan doa, supaya i tak tensi dalam kedai ariani KT tu nanti. Dah lah i baru je pas baca orang complaint staff ariani KT hampeh dalam FB galeri ariani tu, siap ada nama sebenar staf tu lagi. Terbaek lah complaint tu. Sebab i pon tahu jugak cmana perangai hampeh tu, kan azlong kan?
Dah sampai ariani, pilih tudung niknad dulu, baru boleh aman siket nak pilih mine. hahaaaaa... baju nya yang ini, takkan lah nak pakai tudung kaler coklat muda belia mcam ni? i dah tertekan ni. niknad plak tak mau kaler gelap, awning pon nak cerah, tapi masalah bila cerah tu dalam range kaler coklet, jadi 50 tahun lagi tua lah muko kau tu mek...

Mula2 kitorang masuk dalam ariani yang dah rupa pasar borong tu, xdak sapa pon layan, pah, bila niknad dah tayang baju raya dia di tengah halaman tu tetiba supervisor ariani tu g panggil staff dia untuk layan kitorang, okay.. pilih punya pilih, i tak puas hati wei.. nampak tua.. tua dan tua... tabah lagi cari, akhirnya.. yahoooo.. jumpa tudung ini. i sangat suka sebab dia kaler dark coklat dan niknad suka jugak sebab awning nya kaler cerah.. yyeeeee.. okay, taken.

awning cerah ehhhhh.. like..like...
Seterusnya cari i punya plak yang ni, beli jugak tapi sebenarnya x match ngan kaler bajuku.. tapi ada jalan penyelesaian rupanya. heheee..

tak match...
D'haja punya matched baek punya
Anyway, thanks to salesgirl ariani.. ok je dia. bukan nak baik gilerrrrrrrrr, cukup dengan tahu benda yang kau patut buat dan tak patut buat pada seseorang customer... tu je pon.
 
azlong kata dia nak cari tudung D'haja.. kat Paka ada katanya.. alamak, xkan nak g paka kot. Tetiba pusing ke Jalan Air Jerneh tu, eh..eh... azlong kata, tu atas tu D'haja. breeekkkkkkkkkkkk... heheeeeee..
selamat.. xpayah dah pergi Paka yang jaraknya tambah tolak 60km dari KT ni.
Butik D'haja cawangan KT ni kat tingat 2. sebelah 7-Eleven dan kedai Curry Asha.
Naik je dalam butik ni, rupanya tokey butik adalah kenalan ku yang dah lama tak jumpa eh.. dan paling lega.. xperlu lagi bersesak ala-ala pasar borong lagi walau pon jumlah belian nya dah boleh masuk kategori borong jugak ni. Taraaaaa.. ini lah hasilnya dan dapat lah tudung yang match ngan baju raya ku... hmmmmmm.. sapa punya ya paling banyak???
niknad yang empunya
niknad lagik
i punya
zaizaizai punya, sape bayar eh?

last but not least, i punya jugak... hahaaaa
Thanks to tokey butik d'haja KT ni, Dr. Sawalti, semoga sukses eh.
tokey kata mari lah malam raya, butik buka sampai jam 12tghmalam. Ada clearance sales kah? azlong pasti dah berminat tu...
jom, serbu lagi kah?

Tips: bawak baju untuk match siap2 macam apa yang niknad buat. azlong punya tips, xyah bajet2 beli tudung ni, bukannya kita pakai untuk raya saja, bila2 pon pakai kan? tak salah beli katanya, kalu dah kenan. tak gitu? Hebat.

-illuminate, enlighten, enable-