Monday, July 18, 2011

sudut pandangan hari ini

Meletakkan salah ke bahu yang lain, kerana bahu ku sudah tak tertanggung kesalahan. Salah jika dipersalahkan, tidak salah ke andai berbuat salah? senang menunding ke permukaan, biar pun di dasarnya itulah terbiak (anggapannya secara tidak sengaja lah kot kan) yang salah kerana yang terlihat, terpandang, ternampak nya (juga secara tidak sengaja) ialah permukaan. Di mana tangan-tangan yang mahu menukar yang salah ini supaya menjadi tidak salah? Mahu menegur yang salah bagaimana, sedangkan aku juga salah?  Persekitaran salah apa yang didiami ini? Siapa tidak pernah salah? Asalkan mahu kepada yang tidak salah, itu baru lah betul. Kita lah yang perlu mengubah yang salah kepada yang tidak lagi salah.

P/S: mahu ramadhanku menjadi yang paling ulung, mahu dan mahu...thank you ALLAH.

-illuminate, enlighten, enable-

Saturday, July 2, 2011

jakarta, suatu wake up call

Assalamualaikum,
my trustworthy

sesuatu kekalutan
niknad, cak, zai, azlong, abg iz and i. Pengalaman umpama hempedu untuk dinilai dengan sudut kemanisan teladan. Bukan kaedah biasa rencana perjalanan kali ini. Hati dan akal seperti tertutup untuk merancang sempurna. Khilaf atas dasar terdetiknya keyakinan melampau. Biar begitu, bukan untuk dikesali namun, anggaplah sebuah kejutan akal agar tidak leka atas lemahnya diri, dan betapa sempurnanya Dia.
My dear all, indahnya penghasilan dengan gandaan usaha. Semoga kita diberkati. Jangan putus asa ya semua... xoxo

You may be deceived if you trust too much, but you will live in torment unless you trust enough.  ~Frank Crane~


lagi satu, peringatan: kluar airport jakarta nih, maksudnya dari terminal, nak ke imigresen a.k.a cop passport, berhati-hatilah dengan travelator/ moving walkaway spnjang nak sampai ke kaunter pak imigrasi tu. Baik u all pilih jalan biasa, or else, terlepas kaunter nya dan kena u-turn balik. what a waste... tension tul, makcik yang jalan slow-slow turun kapalterbang tadi lagi depan beratur dari aku yang tersilap naik benda alah tu. huh....

syiok nampak hang duk naik jugak2 tu eh? padan dengan muko

hahahaaa.. terkono


-illuminate, enlighten, enable-

menangiskah dengan muzik?

Assalamualaikum. Pernahkah sebutan nama Allah menerbit genangan airmata? rintih suara anak kecil hari ini, menyentuh hati. suara tanpa lunak, suara dengan paluan alat muzik ringkas, rohnya sampai, panggilannya menusuk. Biar baitnya tidak difahami, alunan itu, gema itu cukup sendu, agungnya merindu nabi kekasih Allah. Sedarlah jiwa-jiwa yang keras dan berpaling, tadah lah tangan, tunduk syukur atas segala kurniaan. Terima kasih anak-anak kecil, kehadiran kecil yang melumpuh rasa besar di hati. Betapa kecil kamu betapa besar ganjaran buatmu dan insan yang membentukmu. Semoga segalanya diberkati.

P/s: ada ke orang menangis kalau dengar muzik rock? or even pop yeh yeh?
semoga tergolong dalam kalangan orang yang berfikir.

-illuminate, enlighten, enable-