Tuesday, October 18, 2011

hujan hari ini

Assalamualaikum, 
Adakah tengkujuh telah bermula? jalan nak g keja pon boleh jammed hari ni. uhhh.. tak tahan betul.. hujan pagi2 hari lagi... pahtu ceroh sekejap, berkira2 aku nak bawak masuk payung ke idok tadi? tgahari pun hujan lagi.. serek, ujan, serek,ujan pulak... memang tanda dan simptom tengkujuh ni.... mode kalau dah musim tengkujuh ni pelik sikit.. maklumlah, basah, lembab, melekit, cepat rasa lapar, baju pun bau kepam je sebab jemur xkering matahari....bersedia atau tidak?????

Sunday, October 16, 2011

bila anak murid saya konvo saya rasa.......

Assalamualaikum

.........berbaloi untuk join urusetia yang menjayakan majlis konvo. Sebab? majlis konvo adalah satu tanda penghargaan kepada seseorang yang menuntut ilmu. Lebih gah berbanding sambutan hari lahir setiap tahun. Selepas 3 tahun dihabiskan untuk beroleh diploma, 4 tahun untuk ijazah, 2 tahun untuk sarjana dan 1 tahun untuk PHD, konvokesyen lah menjadi kemuncaknya.  Ini lah sebenarnya masa untuk diperuntukkan untuk menghargai diri, menghargai teman seperjuangan dan menghargai ibuayah. Harga sebuah majlis ini walau ianya berlangsung di tempat sekecil mana sekali pun adalah sangat tinggi nilainya kerana ianya bukti bahawa diri sendiri tahu untuk menghargai diri sendiri. Tahniah buat anak2 muridku. 
riena and aisyah



Tahniah jua buat adik ku a.k.a zaizaizai, betapa aku berharap untuk bersama meraikan.

Seolah anti-klimaks kalau tak datang konvo.. ishhhhhhhhhhh........

AJK perarakan konvo....good job guys....
P/S: menabung lah 30 sen sehari untuk bayar yuran konvo 3 tahun akan datang. 

-illuminate, enlighten, enable-

breast cancer awareness month

Assalamualaikum 

Bila seorang kawan posted on her FB wall pasal mak dia akan menjalani mastectomy, rasa macam tak percaya dan sangat2 sedih. Tak tahu kenapa tapi rasa sedih sangat sampai boleh menangis dalam kereta on the way balik kerja. Tu aku.... dia dan her family mesti lagi sedih, mak dia apatah lagi kan? Memang tak boleh diduga siapa yang akan dapat breast cancer ni. Aku kah? kamu kah? adik aku kah? kakakku kah (susah nak sebut ni)? mak? nenek? makcik? atau pakcik? yaaa, minggu ke-3 dalam bulan Oktober ni adalah khusus kepada minggu kesedaran kanser payudara LELAKI.

Oktober adalah bulan kesedaran kanser payudara. 
Dear all, lakukan pemeriksaan awal kerna ianya boleh dirawat jika dapat dikesan pada peringkat awal. 

Kaedah pengesanan awal adalah secara BSE, ultrabunyi dan mammogram.  
Breast Self Examination - semua boleh buat, buat sendiri boleh dengan regular pada tarikh yang tetap setiap bulan. Untuk apa? Untuk periksa kalau2 ada perubahan pada payudara yang menjadi tanda kepada sesuatu ketaknormalan. Tgk ada skin dimpling ka tak? rasa ada ketulan ke tak? periksa ada lelehan pada nipple ke? Diri sendiri mesti akan dapat tahu apa yang pelik pada u all punya breast tu...

Ultrabunyi - Boleh buat kat mana2 GP atau hospital. Boleh ke? Mesti lah boleh, yang nak tahu normal ka tak normal ke, u kan? Imbasan ni menggunakan sumber bunyi untuk dapatkan your breast image dan akan dinilai oleh radiologist untuk tahu samada normal atau tak. Tak ada had umur. 

Mammography - pemeriksaan payudara guna sumber sinar-x. Mesin ni ada kat Jabatan Radiologi kat hospital. Ada had umur biasanya >40 tahun jika tanpa sebarang tanda atau pun u bukan dalam golongan yang berisiko tinggi. Kalau u all ada family history of breast cancer, by 35 tahun dah boleh start mammo. So, sesape yang dah capai umur 40 tu tak kira lah ada tanda ke tak ada ke, rasa biasa2 je ke, rasa luar biasa ke.... jangan bertangguh untuk lakukan mammography. 

Apa yang penting? Kesedaran untuk mencegah dan pengesanan awal. Lakukan perubahan untuk kehidupan yang lebih bermakna. 

To my dear friend, aku tahu kau mesti sangat sedih tapi aku juga tahu kau sangat kuat.

p/s: my student pernah kata pink ribbon macam kat bawah ni bawak maksud kanser payudara... bukan, maksud sebenarnya ialah sebagai tanda kesedaran mengenai kanser payudara, itu lah mesej dari riben merah jambu ini...

google.com


-illuminate, enlighten, enable-

Wednesday, October 5, 2011

tudung dalam kenangan


Assalamualaikum semua..

Ni cerita pengkelasan sedih lagi menyedihkan ya. so, bersedia dgn tisu macam iklan umobile kat TV tu eh. 

Alkisah tudung i beli beramai2 ngan azlong, niknad dan zaizaizai tu, giler punya i excited ngan pembelian tanpa bajet berhemat tu kan, mari membeli tudung raya rupanya membawa padah di kemudian hari.. ishhh... sedih woooo
hari raya pertama i pakai dan rasa ianya amat cocok dengan baju raya pertama i tu. Pose sana sini... 






Dah pakai time raya tu kiranya sampai kul 10 malam jugak lah tudung tu, sebab ingatkan mau ikut azlong g beraya umah bedik, ayoh long dll. tapi tak pegi pon sebenarnya. mungkin i tertidur kat depan tv jugak ngan tudung tu... sssooobbbbb... sedih...
Ada sekali nak keluar g bandor, i pakai jugak lagi sekali tudung tu ngan blouse dan agak cocok jua lah padanan warnanya. i terpikir juga nak kena tambah koleksi baju padanan warna ngan tudung tu lagi lah lepas ni. menitik air mata ku.... (dalam hati je lah)
Seterusnya, tudung tu tergantunglah kat dalam almari bilik zaizaizai dan i dah mula terpikir untuk mengulang pakai tudung tu time jamuan raya kat opis ni. okay, set....

Masa berlalu, 2 minggu, 3 minggu sampailah waktunya i, niknad ngan zaizaizai nak g ke KL untuk kembara-hari-malaysia kami tu. i nak packing baju, bangun pagi2 i bukak almari... nampak tudung tu dah... dah... dahhhhhhh..... hohoooooo.... tinggal .... tinggal.... anak tudung sebelah dalam nya aje, yang selendang untuk lilit tu dah tadop, baik punya berbekas tetasan kat atas awning anak tudung tu... 
sapa punya kerja niiiiiii?????????????????

Tak kan zaizaizai kot... giler punya tak tahu diuntung kalo ini angkaramu zai... tak mungkin...

Terus tunjuk ke niknad sebab i semacam tak percaya ngan keupayaan penglihatan sendiri tatkala itu... sahih dah hilang bahagian selendang ni... i turun dan tunjuk kat my mother, hahhhhhhhhhhhh??????? uhhh..uhhh...uhhh....

Tunjuk plak kat zaizaizai.. semua muka macam tak leh percaya je ngan apa yang berlaku depan mata ni......... i lagi lah... i terfikir, kenapalah nak buat macam ni, kalau nak sangat, ambik je lah terus, jangang wat khenat gining.. 
Macam sengaja nak tinggal bukti pon ada i rasa...banyak pulak masa dia ambil untuk tetas benang se se se atas awning tudung tu eh... paling kurang pon i rasa perlukan hampir setengah jam jugak tu...

Kalau betullah dia yang buat ni, atas dasar apa lah agaknya ya. Keadaan macam mana sebenarnya boleh menyebabkan manusia boleh bertindak luar dari akal. Singkatnya pemikiran atau terdesak dengan kemiskinan? Apa saja boleh dilakukan kerana hidupnya terlalu menyedihkan ke? Kalau bukan dia yang buat, i minta maaf atas kind of tuduhan ini. Tapi memang dah tak ada orang lain yang boleh masuk rumah dan berada dalam bilik dan buka almari ni... 

Ya Allah Ya Tuhan...semoga akal sentiasa memandu tingkah hambaMu ke arah kebaikan. 
Kerna kesedihan i tidak lah sesedih kehidupan yang menyedihkan...

babai tudung ku... RIP 26/08/2011-15/09/2011

-illuminate,enlighten,enable-