Sunday, December 11, 2011

kesian mak

Kesian mak, betul-betul kesian. Kereta dia bawak pergi kenduri mati tetiba, malu sangat kata dia. Minta tolong sorang budak ni ambik air dari rumah kenduri untuk sejukkan enjin. Huhuuu.... kesian kan? Sedih pulak ngan nasib mak dan kereta ni. Banyak kali dah kereta ni bikin kerenah, tapi dia (sang kereta) sentiasa dimaafkan. Dan setiap kali itu jugalah mak akan suruh survey kereta baru, dia nak beli terus. *senyum* masuk kali ni, dah kali ke 6 kot. Penah kami stranded ondaway balik dari kuantan kat jalan gelap gelita waktu tu dah nak maghrib bulan puasa, stranded balik dari KL time tu petang lagi, mak stranded dpn kedai dah 2 kali rasanya. Pelik jugak kenapa kereta ni masih lagi dimaafkan, dibaiki, guna lagi, mak lupa balik dia kata nak beli kereta baru ganti kereta ni. Nanti kalau kereta ni mati lagi, baru timbul balik mak akan kata nak beli kereta baru pulak. Begitu lah setiap kali, kesian mak. Mungkin cerita kereta ini begini sebab ia kereta milik ayah..... Al-Fatihah..... sooobbbbb.....

-illuminate, enlighten, enable-

corak hidup pilihan ala-ala... ustazah pilihan

Assalamualaikum,



Mahu dicorak hidup ini mengguna tinta atau pensil? ewaaahh.. hahaaa.. mudah terpadam corak lakaran pensil, hilang, lupakan dan corakkan yang baru. Hidup tercorak tinta sukarnya diluput, disental payah... gonyoh2 pong dok ilang. Bekasan tinta terpalit pun masih lagi terbayang, minda memilih untuk tidak membuang corak-corak lama ini. Apa traumakah kamu wahai minda? terkenang membuat lara, menempa robek hati, hanyut dalam kenangan tersia. Biar senang jiwa, pilih dan ukirlah dengan mata pensil biar mudah hilang lenyap senyap dan terus tutup buku. Lorek tinta kekal, terus bermukim dan kian segar bersama langkah-langkah meneroka lembaran hidup. Pinta setulus ketenangan meski terus terkenang.


-illuminate, enlighten, enable-


Saturday, December 3, 2011

ianya milik hati

Menunggu lintas akal melawan bayangan 
menepis suara kepalsuan 
merintik jejak baru
menghayun deras lah 
menuju suatu ketentuan destinasi 
menyelurusi kehendak dan nilai jiwa
pasti, ianya milik hati.

-illuminate, enlighten, enable-