Tuesday, December 7, 2010

rungsing akan rumah sewa

salam,
bagi rumah untuk disewa atau menyewa rumah terhitung dengan tanggungjawab. bukan sekadar setiap bulan, sms untuk minta harga sewaan semata. terletak amanah jua atas kepala tuan sewa tu, bukannya pada penyewa saja secara total. datang sekadar melihat, tinjauan umum, memberi janji tin kosong.. itu bukan bertanggungjawab namanya. itu sebab time u datang tu, u nak minta duit sewanya, kan? khilafnya kami, terberi duit tersebut... kenapa? atas dasar percaya sesama insan, atas dasar percaya sesama MELAYU????? sakit... sakit... jangan sampai sakit ini melarat hingga menjadi kudis-kudis buta. rungsing dan bimbang andai pertimbangan hati tak mampu mengawal kepedasan tutur kata... wahai, tuan rumah di pesisiran.....

Tuesday, November 30, 2010

tertusuk duri

membusuk dan semakin memual. buih-buih basi yang mengelegak dari sirat-sirat daging dek tusukan duri. tidak perlu banyak bilangan duri sudah cukup untuk mengundang lara yang semakin merempat rasa dan memburuk di depan mata. duri yang tajam sifatnya dan melekat dalam sebuah binaan kumpulan, kekal berada di takuk tusukannya, mula merosak ruang sekitar tusukannya dan terus meluaskan empayar pembusukan keseluruh binaan kumpulan. hingga akhirnya terpalit, yang menerima segala sumpah, seranah dan nista bagi setiap ahli yang makin terhina. logik kah akal lagi mahu menidak rasa loya tatkala hembus daging membusuk dan hanyir itu menempa ke hidung? Nah, kini hanya menidak setiap telahan deria, supaya curahan ilmu masih berhak dipunya ke atas mana-mana yang masih dahaga. dan mengharap masih terbitnya rasa rela. 


p/s: kadar gula dalam darah mesti dikekalkan dalam julat normal.
+illuminate, enlighten, enable+

Thursday, November 25, 2010

obese

bermula minggu yang mana hanya 3 hari bekerja, sehari lawatan klinikal, 2 hari di ofis. tercetusnya deria menikmati satay, maka dengan beria-ria memacu ke pekan B. laluan jalan yang agak pelik,suatu simpang berbentuk 'Y', seterusya membelok ke kanan, terpana penglihatan oleh suatu makhluk ciptaan ilahi yang sangat-sangat mengujakan. ini lah si dia...
yang mana di bulan zulhijjah, bulan pengorbanan kelibatnya sentiasa dicari.. tetapi nan satu ini mengundang perasaan berbaur.OBESITY
-ILLUMINATE, ENLIGHTEN, ENABLE-

Thursday, November 4, 2010

akhirnya mak memasak jua

ni bukannya dengan niat menjadi anak derhaka. mak macam dah lama sangat tak masak, TAPI..... hari ni tak semena-mena, melangkah pulang saja dari surau around 2.30p.m. tadi dia kata nak masak. wahwahwah.. gembira tak terperi. sedap benar masakan ni, atau sebab mak yang masak? mak, masak lah lagi ya. takut kalau lama-lama mak tak masak, cooking skills akan hilang dan menumpul. ekeh.. so, malam ni i dan anik akan makan lauk petang lagi, sedap.. memang sedap. -MAK, illuminate, enlignten, enable-

Wednesday, November 3, 2010

langkah pertama

setiap cubaan pertama akan menekan titik-titik jiwa, hati, minda serta tingkah. biarlah jiwa waras, biarkan hati telus, biar minda terusan berputar, moga tingkah tidak akan pernah canggung.. - illuminate, enlighten, enable -