Tuesday, November 30, 2010

tertusuk duri

membusuk dan semakin memual. buih-buih basi yang mengelegak dari sirat-sirat daging dek tusukan duri. tidak perlu banyak bilangan duri sudah cukup untuk mengundang lara yang semakin merempat rasa dan memburuk di depan mata. duri yang tajam sifatnya dan melekat dalam sebuah binaan kumpulan, kekal berada di takuk tusukannya, mula merosak ruang sekitar tusukannya dan terus meluaskan empayar pembusukan keseluruh binaan kumpulan. hingga akhirnya terpalit, yang menerima segala sumpah, seranah dan nista bagi setiap ahli yang makin terhina. logik kah akal lagi mahu menidak rasa loya tatkala hembus daging membusuk dan hanyir itu menempa ke hidung? Nah, kini hanya menidak setiap telahan deria, supaya curahan ilmu masih berhak dipunya ke atas mana-mana yang masih dahaga. dan mengharap masih terbitnya rasa rela. 


p/s: kadar gula dalam darah mesti dikekalkan dalam julat normal.
+illuminate, enlighten, enable+

No comments:

Post a Comment