Thursday, June 23, 2011

merencana percutian ala-ala travel agent

Pernah tengok My Girl? crita korea tu, dia kan asalnya tour guide di Pulau Jeju, macam best je jadi tour guide ni. dia jadi guide, sebab dia dah mahir dengan apa yang dia nak guide, so senang. Masalah terjadi bila tour guide xmahir dan sama aje tak tau apa-apa pasal tempat percutian tu. huuuuuhhh.. letih wooo. So, lebih baik, u rencanakan percutian sendiri tanpa tour guide ni.  Memang mencabar tapi berbaloi, percayalah.

Oleh yang demikian, i dah boleh simpulkan di sini prasyarat agar percutian selepas ini bukan lagi percutian yang bikin jiwa tambah kacau, bikin musuh makin ramai, bikin hati seperti disiat-siat, bikin RM terbang melayang. Insaf rasanya. 

1. Aware of any lowest fare campaign for the flight ticket. even AA, bukannya every time u click u akan dapat low fare nya. 

2. Check visa requirement. tak semua negara yang perlu visa. so, please check dalam website kementerian luar.

3. Check ur passport validity. (6 months before due date, u dah x boleh fly out dah tau. walaupun u buat utk 2 tahun, u boleh gunakan untuk 1 tahun stengah aja, padahal nak g holiday tu 3 hari je pon, rugi kan?)

4. Search, research and research (x10000000 kali) - sangat2 penting ni, atau u akan pulang dengan merasakan hujan batu di negara sendiri. sebab nak sedapkan hati je tu pon. Nak search for what?
  • hotel - selain murah dan bersih, prefer hotel yang dekat dengan town dan stesen public transport .
  • sightseeing places plus mcmana nak tuju ke tempat tu - biasanya cuba cari public transport untuk jimatkan ongkosnya dan masa buka dan tutup serta entrance fee.
  • tempat berbelanja - senaraikan yang mana paling murah hingga paling berprestij plus mcmana nak tuju ke tempat tu. plus masa buka dan tutup.
  • money changer outlets - masa buka dan tutup.
  • makanan HALAL - bukan sekadar bebas unsur khinzir sahaja ya tuan-tuan dan puan-puan. Mencari yang halal itu fardhu bagi setiap muslim. Jangan kata susah nak dapat makanan halal ni, cari dulu dengan sesungguh hati. Moga dipermudahkan bila kita berniat buat benda baik ni.
  • muslim prayer time schedule - sangat membantu bagi negara yang tak mungkin u akan dengan suara azan.
5.  Prepare currency exchange rate flash card - biasanya, RM, USD dan local currency negara yang u all nak pergi tu. sorang sekeping, dan extra 2, 3 keping. 1 A4 tu boleh dapat dalam 8 keping. Ni supaya u tak sengal otak setiap kali nak tau barang tu murah ke mahal atau sama je kalo aku beli di KT. 
ni i buat siap laminated lagi. semangat waja


6. Prepare your own itinerary base on your trip objectives. sedaya upaya ikut itinerary u tu supaya xada ralat dikemudian hari.
 





Yang tambahan lain seperti kompas, peta, kamus, mask dan sebagainya tu pandai-pandai lah ya. 

sekian,selamat mengembara dengan usaha sendiri,baru syiokkkk.


P/S: pastikan juga ur trip-mates tu best dan menyenangkan bukannya penambah beban. anda pun jadilah trip-mate yang tidak menjengkelkan ya.
 
this is our next trip.

-illuminate, enlighten, enable-

No comments:

Post a Comment