Friday, September 2, 2011

mari membeli tudung raya

Assalamualaikum,

Weekend lepas, i ngan niknad cuti 2 hari. lega betul. si zaizaizai ngan nunu pon ikut sekali.
Hari khamis dah terkono ngan kepok lekor, tak pa lah nak mencekik punya pasal, tapi still kedai kepok ning kena perbaiki banyak lagi dari segi servis dia (kalau nak jadi bagus dan disukai oleh orang ramai, bukan setakat orang suka sebab kepok tu sedap semata-mata).
Berbalik kepada tajuk utama semula, azlong ngan hubby nya dah balik kampung, dah start cuti dah diorang, sedang kan i masih terus gigih datang kerja.
So, hari jumaat dah plan nak g cari tudung raya. yipppiii. gumbira gumbira.
niknad pon dah terbuka pintu hati dia (i xtau mcamana) nak beli tudung ariani. so antara misi utama jugak adalah tudung niknad. Sepanjang perjalanan tu i dah berdoa doa doa doa dan doa, supaya i tak tensi dalam kedai ariani KT tu nanti. Dah lah i baru je pas baca orang complaint staff ariani KT hampeh dalam FB galeri ariani tu, siap ada nama sebenar staf tu lagi. Terbaek lah complaint tu. Sebab i pon tahu jugak cmana perangai hampeh tu, kan azlong kan?
Dah sampai ariani, pilih tudung niknad dulu, baru boleh aman siket nak pilih mine. hahaaaaa... baju nya yang ini, takkan lah nak pakai tudung kaler coklat muda belia mcam ni? i dah tertekan ni. niknad plak tak mau kaler gelap, awning pon nak cerah, tapi masalah bila cerah tu dalam range kaler coklet, jadi 50 tahun lagi tua lah muko kau tu mek...

Mula2 kitorang masuk dalam ariani yang dah rupa pasar borong tu, xdak sapa pon layan, pah, bila niknad dah tayang baju raya dia di tengah halaman tu tetiba supervisor ariani tu g panggil staff dia untuk layan kitorang, okay.. pilih punya pilih, i tak puas hati wei.. nampak tua.. tua dan tua... tabah lagi cari, akhirnya.. yahoooo.. jumpa tudung ini. i sangat suka sebab dia kaler dark coklat dan niknad suka jugak sebab awning nya kaler cerah.. yyeeeee.. okay, taken.

awning cerah ehhhhh.. like..like...
Seterusnya cari i punya plak yang ni, beli jugak tapi sebenarnya x match ngan kaler bajuku.. tapi ada jalan penyelesaian rupanya. heheee..

tak match...
D'haja punya matched baek punya
Anyway, thanks to salesgirl ariani.. ok je dia. bukan nak baik gilerrrrrrrrr, cukup dengan tahu benda yang kau patut buat dan tak patut buat pada seseorang customer... tu je pon.
 
azlong kata dia nak cari tudung D'haja.. kat Paka ada katanya.. alamak, xkan nak g paka kot. Tetiba pusing ke Jalan Air Jerneh tu, eh..eh... azlong kata, tu atas tu D'haja. breeekkkkkkkkkkkk... heheeeeee..
selamat.. xpayah dah pergi Paka yang jaraknya tambah tolak 60km dari KT ni.
Butik D'haja cawangan KT ni kat tingat 2. sebelah 7-Eleven dan kedai Curry Asha.
Naik je dalam butik ni, rupanya tokey butik adalah kenalan ku yang dah lama tak jumpa eh.. dan paling lega.. xperlu lagi bersesak ala-ala pasar borong lagi walau pon jumlah belian nya dah boleh masuk kategori borong jugak ni. Taraaaaa.. ini lah hasilnya dan dapat lah tudung yang match ngan baju raya ku... hmmmmmm.. sapa punya ya paling banyak???
niknad yang empunya
niknad lagik
i punya
zaizaizai punya, sape bayar eh?

last but not least, i punya jugak... hahaaaa
Thanks to tokey butik d'haja KT ni, Dr. Sawalti, semoga sukses eh.
tokey kata mari lah malam raya, butik buka sampai jam 12tghmalam. Ada clearance sales kah? azlong pasti dah berminat tu...
jom, serbu lagi kah?

Tips: bawak baju untuk match siap2 macam apa yang niknad buat. azlong punya tips, xyah bajet2 beli tudung ni, bukannya kita pakai untuk raya saja, bila2 pon pakai kan? tak salah beli katanya, kalu dah kenan. tak gitu? Hebat.

-illuminate, enlighten, enable-

2 comments:

  1. sopan sangatla entry ni... sempena raya kah?

    ReplyDelete
  2. iya lah.. versi maaf zahir batin. eh, tang mana yang paling sopan ya?

    ReplyDelete