Showing posts with label my students. Show all posts
Showing posts with label my students. Show all posts

Sunday, October 16, 2011

bila anak murid saya konvo saya rasa.......

Assalamualaikum

.........berbaloi untuk join urusetia yang menjayakan majlis konvo. Sebab? majlis konvo adalah satu tanda penghargaan kepada seseorang yang menuntut ilmu. Lebih gah berbanding sambutan hari lahir setiap tahun. Selepas 3 tahun dihabiskan untuk beroleh diploma, 4 tahun untuk ijazah, 2 tahun untuk sarjana dan 1 tahun untuk PHD, konvokesyen lah menjadi kemuncaknya.  Ini lah sebenarnya masa untuk diperuntukkan untuk menghargai diri, menghargai teman seperjuangan dan menghargai ibuayah. Harga sebuah majlis ini walau ianya berlangsung di tempat sekecil mana sekali pun adalah sangat tinggi nilainya kerana ianya bukti bahawa diri sendiri tahu untuk menghargai diri sendiri. Tahniah buat anak2 muridku. 
riena and aisyah



Tahniah jua buat adik ku a.k.a zaizaizai, betapa aku berharap untuk bersama meraikan.

Seolah anti-klimaks kalau tak datang konvo.. ishhhhhhhhhhh........

AJK perarakan konvo....good job guys....
P/S: menabung lah 30 sen sehari untuk bayar yuran konvo 3 tahun akan datang. 

-illuminate, enlighten, enable-

Wednesday, June 22, 2011

a cheese bite to my students (a reality)


cis, cheese, cistat, cheesetart untuk satu cohort yang boleh dianggap real students of mine. cheese dalam bahasa inggeris (bukan bahasa english), keju dalam bahasa melayu. Jarang benar penggunaan istilah keju ini dalam percakapan orang melayu, tetap gunakan cheese. maksudnya semua orang faham cheese, atau mungkin bila sebut keju, ada pulak yang tak faham. okay, lagi sekali cheese, haaaaa lagi satu, nak snap picture pun, orang akan sebut cheese, gambaran kepada senyuman yang akan terukir dengan sebutan cheese tu, yang mana tak akan ada orang bisa menyebut cheese dengan memuncungkan mulut kan? ironinya cheese ku ini. 

Ok serius, cheese, ada orang cheese-addicted, ada orang kata masin, ada orang bau pon dah naik muak (mak i lah tu orangnya). Masing-masing ada judgment terhadap cheese and it is a real judgment, individually. So, i choose cheesetart untuk my students ni sebab they are real. 

Butir bicara diorang ni kadang-kadang boleh membuatkan i terfikir, terkesan, terkedu dan tergelak, its cheesy. They are vary, they have their own way to express their cheesiness. Ada yang suka ponteng, ada yang nak terkencing 2,3 kali sebelum kelas, ada yang nyekit, ada yang suka menyampuk, ada yang lemah gemalai, ada yang geng 4 orang, ada yang geng 5 orang kecik2 dengan sorang ibu ayam, ada yang outspoken dan ada jugak yang senyap sunyi, diam seribu bahasa, tak tahu nak kata dia faham ke tak faham ke atau nak telan orang? ada juga yang dianggap penyelamat keadaan, sebab bila i tanya soalan, sorang jawab semua akan selamat lah. tapi ada jugak diorang tak mampu diselamatkan dan kena keliling kolam. Untuk rekod, seorang pernah lari 15 pusingan, tabahnya my student ni. Yang buruk dalam cohort ni pun adalah yang terburuk juga. ignore it.

Setitis kesal tidak sempat menilai hingga pengakhiran perjalanan mereka. Tetapi i yakin mereka mampu menjadi pulau juga biar dicampak ke lautan yang seganas manapun. Selamat berjaya buat semua.

so cheesy and i'm so loving it. 


-illuminate, enlighten, enable-