Monday, September 19, 2011

kembara hari malaysia

Assalamualaikum
Cuti 3 hari minggu lepas, amik cuti sehari, so total 4 hari cuti, gumbira... yabedabedoooo.. tujuan utama kembara kali ni adalah nak kena g KLIA anto adik niknad yang akan terbang ke sunderland sambung blajo. Manakala tujuan sampingan adalah tak terperi banyaknya. Memulakan langkah hari rabu nan indah sebab aku tak bekerja tu dengan nunu dapat present dari niknad, singlet putih.. present ni keciiiikkk je, aunty.... hahaaa, peringatan untuk niknad tu..
pastu lantas i, niknad, zaizaizai dan nunu ke kedai tayar, tukar baru 4 bijik sedebuk untuk si KCQ, hambek rm1155 untuk nyonya, dapat percuma shopping bag GY 2bijik. 
jadik lah eh...
ok, settle 1 task. Singgah plak STR jap, beli kain sembahyang batik untuk mak niknad, rm20 sehelai. Seterusnya, balik umah ambik barang, nasib baik nunu tido dah dlm KCQ, xpayah ada drama nak tinggal dia nanti. Sempat lagi retuh buah pelam untuk ole2 kembara kali ni untuk azlong, mak niknad dan cikcak. 

Jum niknad, kita g tengok giant flags ngan banner ada muka i, bila lagi nak tengok muka i kat banner? sedekad lagi pon mungkin tak dak rasanya... hahaaa.. jummmmm.. ke opis i di koleberang kejap tengok deco untuk keceriaan merdeka raya, zaizaizai ambik gambor dari tingkap KCQ je, tak keluar sebab takut kena langgar ngan trailer. Tak nampak sangat pon muka i kan? tak pa lah demi nak menunjuk ke niknad je ni...
i berdiri paling kiri @ the 2nd row
nampak ada 4sided-collimation tu bukti amek gambar berani mati melalui tingkap
Oh, kali ni kami guna lebuhraya baru ke bukit besi. Dalam 20 minit je. 
Sampai Kuantan dalam kul 3 untuk jumpa cikcak dan beraya ke rumah fit dan tengok anak-anak fit sekali, dah 2 org anak fit ni, sekali pon xpenah tengok lagi, zalim sungguh. Awai lagi ni, cikcak & fit belum balik kijo lagi ni,  so pegi ECM dulu. niknad dah kebulur, jum belasah KFC eh. Then janji ngan cikcak jumpa dia depan pagar opis. AJAIB nya kali ni kami kena follow cikcak ke rumah fit.. cukup confident kah kita niknad? hahaaaaaa... 
Syukur, selamat juga sampai dengan kewibawaan cikcak bawak keta. xsangka. Tapi fit yang sampai dulu kat umah dia... padahal masa kami semua gerak dari pintu pagar opis cikcak tu, fit duk meeting lagi. heh...
ada faheem ni
baby haneesha

dah tido, tutup mata, silau.. kellasss tau...
Balik dari umah fit, terus je nak ke umah sewa cikcak kat Sg. Ular, kampung dia kat Lipis pon nama Sg. Ular juga rasanya. Sebelum sampai umah cikcak, tetiba niknad ngan i terlapar lah pulak.... pusing balik cari kedai makan. Sedap gak makanan nih. kenyang sudah lah...
Sampai umah cikcak, tido je lah, esok nak bangun awal untuk tengok sunrise....yeyeeeeehhhh
luv this

and this too, walaupun ada setitis air

Best nya pantai kat belakang umah cikcak ni. dah siap kecebur dan pose2 ala2 syiok tu, balik umah dan bersiap untuk teruskan kembara. 2 jam perjalanan, sampai KL... 
yessss. dah lama ku rindu... hahaaaa

Perkara pertama ialah.... makan kat pak lang. Ngam2 kitorang sampai jam 1, orang opis baru start langkah untuk keluar lunch. Sempatlah niknak dapat keli bakar. Makan dengan tekun tanpa tertoleh kanan kiri, pas dah burp (tak alhamdulillah ke?) baru boleh toleh tengok gelagat orang ramai dalam kedai pak lang ni. 
Ke mana kita seterusnya eh? tunggu........
sedap, cicah ngan air asam tu, tangan akan melekat bau seharian... terbaek ah

............bersambung


-illuminate, enlighten,enable-

Friday, September 2, 2011

mari membeli tudung raya

Assalamualaikum,

Weekend lepas, i ngan niknad cuti 2 hari. lega betul. si zaizaizai ngan nunu pon ikut sekali.
Hari khamis dah terkono ngan kepok lekor, tak pa lah nak mencekik punya pasal, tapi still kedai kepok ning kena perbaiki banyak lagi dari segi servis dia (kalau nak jadi bagus dan disukai oleh orang ramai, bukan setakat orang suka sebab kepok tu sedap semata-mata).
Berbalik kepada tajuk utama semula, azlong ngan hubby nya dah balik kampung, dah start cuti dah diorang, sedang kan i masih terus gigih datang kerja.
So, hari jumaat dah plan nak g cari tudung raya. yipppiii. gumbira gumbira.
niknad pon dah terbuka pintu hati dia (i xtau mcamana) nak beli tudung ariani. so antara misi utama jugak adalah tudung niknad. Sepanjang perjalanan tu i dah berdoa doa doa doa dan doa, supaya i tak tensi dalam kedai ariani KT tu nanti. Dah lah i baru je pas baca orang complaint staff ariani KT hampeh dalam FB galeri ariani tu, siap ada nama sebenar staf tu lagi. Terbaek lah complaint tu. Sebab i pon tahu jugak cmana perangai hampeh tu, kan azlong kan?
Dah sampai ariani, pilih tudung niknad dulu, baru boleh aman siket nak pilih mine. hahaaaaa... baju nya yang ini, takkan lah nak pakai tudung kaler coklat muda belia mcam ni? i dah tertekan ni. niknad plak tak mau kaler gelap, awning pon nak cerah, tapi masalah bila cerah tu dalam range kaler coklet, jadi 50 tahun lagi tua lah muko kau tu mek...

Mula2 kitorang masuk dalam ariani yang dah rupa pasar borong tu, xdak sapa pon layan, pah, bila niknad dah tayang baju raya dia di tengah halaman tu tetiba supervisor ariani tu g panggil staff dia untuk layan kitorang, okay.. pilih punya pilih, i tak puas hati wei.. nampak tua.. tua dan tua... tabah lagi cari, akhirnya.. yahoooo.. jumpa tudung ini. i sangat suka sebab dia kaler dark coklat dan niknad suka jugak sebab awning nya kaler cerah.. yyeeeee.. okay, taken.

awning cerah ehhhhh.. like..like...
Seterusnya cari i punya plak yang ni, beli jugak tapi sebenarnya x match ngan kaler bajuku.. tapi ada jalan penyelesaian rupanya. heheee..

tak match...
D'haja punya matched baek punya
Anyway, thanks to salesgirl ariani.. ok je dia. bukan nak baik gilerrrrrrrrr, cukup dengan tahu benda yang kau patut buat dan tak patut buat pada seseorang customer... tu je pon.
 
azlong kata dia nak cari tudung D'haja.. kat Paka ada katanya.. alamak, xkan nak g paka kot. Tetiba pusing ke Jalan Air Jerneh tu, eh..eh... azlong kata, tu atas tu D'haja. breeekkkkkkkkkkkk... heheeeeee..
selamat.. xpayah dah pergi Paka yang jaraknya tambah tolak 60km dari KT ni.
Butik D'haja cawangan KT ni kat tingat 2. sebelah 7-Eleven dan kedai Curry Asha.
Naik je dalam butik ni, rupanya tokey butik adalah kenalan ku yang dah lama tak jumpa eh.. dan paling lega.. xperlu lagi bersesak ala-ala pasar borong lagi walau pon jumlah belian nya dah boleh masuk kategori borong jugak ni. Taraaaaa.. ini lah hasilnya dan dapat lah tudung yang match ngan baju raya ku... hmmmmmm.. sapa punya ya paling banyak???
niknad yang empunya
niknad lagik
i punya
zaizaizai punya, sape bayar eh?

last but not least, i punya jugak... hahaaaa
Thanks to tokey butik d'haja KT ni, Dr. Sawalti, semoga sukses eh.
tokey kata mari lah malam raya, butik buka sampai jam 12tghmalam. Ada clearance sales kah? azlong pasti dah berminat tu...
jom, serbu lagi kah?

Tips: bawak baju untuk match siap2 macam apa yang niknad buat. azlong punya tips, xyah bajet2 beli tudung ni, bukannya kita pakai untuk raya saja, bila2 pon pakai kan? tak salah beli katanya, kalu dah kenan. tak gitu? Hebat.

-illuminate, enlighten, enable-

Tuesday, August 23, 2011

boboi in the house

Dear boboi,
selamat lahir ke dunia. Sorry rumah ni berdebu siket, bilik tu pon nek baru kemas malam sebelum u keluar je pon. Hope u wont mind eh? tak pa boboi, kita kan geng anak no dua, very high survival rate kan? walau pon u dah terbersin-bersin je ya. sian.
Boboi, auntie doakan boboi sembuh demam kuning eh. tahik mata kuning pon dah kurang kan, boleh lah u bukak mata luas2 pas ni ye cyayangggggggg.....

-illuminate, enlighten, enable-

betulkan dan rapatkan saf

Assalamualaikum,
Meh sini i nak crita mehhhhhh.... 
Cmana nak mula ni eh, isu ni memang dah lama orang bercakap i rasa, ramai dah yang tak puas hati, rasa menggelegak je hati, meroyan je jiwa tapi tak tahu mcamana nak selesai. Nak selesai senang je wei, sound direct je. Baru mudah paham, plus kessot hati sekali dalam pakej nya. apa kes ni? dahsyat dah intro tu kan? 
ok, macam ni,
Malam tadi lah kan, i ngan nik nad ngan zaizaizai nak g ke surau nak solat isya' dan terawih lah. Bukan pergi terawih semata ye (ni pon isu jugak ni, xpa lain kali plak crita). Surau nan satu ni start solat isya' lewat siket secara rutinnya, katakan isya' masuk kul 8.35 malam, kat surau ni akan bang a.k.a azan jam 8.45 mlm gitu, motif nya nak bagi peluang burp dulu lepas isian penuh masa iftar tu. tu motif zaman aku kecik2 dulu lah, sekarang aku xtau dah motif tu significant lagi ka idok? kalu bezanya 10 minit je, baik xpayah lewatkan dah rasanya, dulu lewatnya setengah jam, baru lah berbaloi dan mencapai motif, kan? ok, eh ni belum kesnya lagi ni, second intro je tu.. hahaaa.
zaizaizai ni punya lah dia trauma ngan kes yang i nak crita ni, hingga kan dia suruh i ngan niknad jalan slow2, biar tok imam angkat takbir dulu baru sampai ke tangga surau tu. i dah tensi dah time tu, tak pa sabaq. Sampai je kat tangga surau ni, imam pun ALLAHUAKBAR... ok, jum naik. sampai di muka pintu yang selari ngan saf ke dua dalam surau tu, tetiba baik punya aksi soarang akak ni melayangkan tangan ala-ala stewardess AA ke arah satu tempat kosong untuk i yang baru jejak lantai surau tu. ce teka kat mana ruang tu? Lambat teka, xpa, i habaq, kat sebelah dia je ye, yang dia berdiri tu tempat paling hujung sekali, yakni dia sorang je perlu gerak ke kiri untuk rapatkan saf tu. Lantas dengan tak semena, laju je mulut i  sound, gerak jelah ke tepi tu kak... 
Kalau kau gerak selangkah ke tepi tu, terus je rapat saf kau tu, tak perlu pon kau nak mintak orang lain fill in the blank yang hanyalah kat sebelah kau sorang tu je pon kak oiiiiiiiiiiiiiii (phrase ni aku tak kata lah tapi). 
Hahaaaaaaa, terus je i dan dibontoti oleh adik2 ku tu ke saf paling depan dan paling hujung di sebelah kiri surau. Benda ni pada i simple sangat2, tapi kenapa lah selalu nak susah2 kan berat2 kan? Bayangkan, sanggup jugak teruskan solat dengan terputus saf sebab nya tak mau bergerak ke tepi. apa kes???? Berat bontot ke apa? 
Macam ni, katakan orang dari saf 1 keluar, ada 1 ruang kosong, rapatkan je lah saf 1 tu, sama dengan 1 kerja dan selesai. Kalau kau nak orang saf 2 plak naik penuhkan saf 1, sebab kau berat bontot nak gerak, kan? apa plak jadi pada saf 2? orang di saf 2 plak kena rapat saf tu jugak kan? dah 2 kerja kat situ. begitu lah seterusnya, kalau nak orang saf 3 plak naik? saf 3 plak kosong, orang2 di saf 3 plak kena gerak rapatkan saf? macam tu? bayangkan kalo dalam surau tu ada 17 saf? time baik punya rapat semua saf, time tu imam pon dah rukuk dah makcik!!
Sekian. 
Fikir lah. Permudahkan lah semua urusan, jangan menyusahkan. 
Jangan jadi macam Bani Israel seperti yang diceritakan dalam Al-Quran surah Al-Baqarah. 

P/S: Satu lagi isu saf ni ialah nak letak budak belum akil baligh kat tengah2 saf apahal??? baligh budak perempuan ni paling awal pon darjah tiga kan? Macamana nak selesai? Macam biasa, sound direct je!!


-illuminate, enlighten, enable-


 

Monday, August 1, 2011

baju kurung dia cantik woooo

Assalamualaikum, nak crita, nak crita. susah lah kalau tak ada orang nak sembang ni. tak pa takpa... bersabarlah dan bertawakkal lah.  bulan 3 ari tu i g HCMC, banyak btul baju kurung siap yang  cantik2, kain pasang pon cantik dan murah lah kot. dan tambah amazed lagi bleh siap jahit kurang dari 24 jam. tu baju kurung, jubah, kurung moden atau kurung riau. kadang-kadang, perihal tempah baju ni, yang nak jahit paling tertekan, nak pilih kain pasang, anytime je. nak pulak di bulan rejab ni pon permohonan tempahan dah ditutup, okey. im thinking of purchase AA tix to HCMC lah untuk raya ini. what do you say, niknad? haahaaa.

ya alllah ya kareem, i sambung balik post ni tanggal 2 Ramadhan, gilak sungguh waaaa....

tak pa, sambung lagi ni...
tak jadi lah gamaknya nak fly to HCMC lagi kali ni, bajet dan cuti tak mengizinkan. Balas je lah dengan mengimbau kenangan ke HCMC sambil lap ayaq lioq menitis taptaptap teringatkan baju raya cantek kalau bleh terbang ke sana. naya sungguh...
Oke, oke, oke, memula tempat cari baju kurung siap adalah di kedai Hong Anh (masa ni tak tau pon rupanya Hong Anh ada 2 butir, hehhee... 2 cawangan). Pergi je yang ni dulu, drebar bas dari airport yang bawak terus ke sini. Kedai yang ni kecik cenonet aje, 2 tingkat. baju kurung siap kat atas, aksesori dan pakaian lelaki kat tingkat bawah. Jangan seram ler nak naik atas tu walaupun tangga nya memang agak mengerikan. tak pa, teruskan saja langkah anda.
Beli aje kalau dah berkenan, i sangat-sangat menyesal sebab tak beli, konon save the best for last, dan dan aku keciwa... tokey ngan salesgirls yang jaga kat sini okay lah.
My mum menjadi pembeli paling berjaya kat sini, dia terus masuk gear 3, beli terus... terbaek mak... blouse 3 kot dia sapu.. niknad pun dapat baju kurung cantek dia di sini...


taraaaa... apa lah salahnya kalau i beli je time ni kan?
yang salesgirl tu duk lipat tu blouse yang mak i beli, mulut azlong ternganga tu maknanya duk panggil i suruh tgk beads yang meghelip-ghelap kat leher baju kurung tu...

Seterusnya, Hong Anh yang ke-dua, kitorang pegi pagi-pagi lagi, cari kedai lepas sarapan, sesat 2-3 kali. jalan kaki aje dari VN HALAL, dah jumpa tu, kedai belum buka. tgg depan kedai dalam 2 minit, sorang mamat vietnam ni kata sekejap lagi dah nak buka lah tu, ok, tunggu lah ya. Kedai buka, kitorang lah pelanggan pertama, cari baju kurung siap.
Cawangan yang ni, hadoiiihhhhhhhhhhhh, KEREK nak MATI (versi bulan ramadhan) minah2 vietnam ni. Lebih besar kedai yang ni, lebih mahal harganya tapi lebih banyak pilihan. Tebalkan saja lah telinga, mata dan sebagainya kalau tetiba rasa sentap ngan layanan kat kedai ni.
Kat sini, i pulak yang rampas title pembeli berjaya dari mak i.. hahaaaa.. best..best..best...


Nampak tu, kaki seluar je baru nampak, kedai belum buka...
dengan lafaz Bismillahirrahmanirrahim, saya merasmikan.. hehe
Dalam kedai Hong Anh yang ke dua.. Abaikan tudung cak yang sama ni (dia memang pakai tudung ni aja sepanjang trip HCMC ni)

Ni lah baju kurung siap yang niknad beli di Hong Anh pertama tu, dia pakai time dinner di Gambang Waterpark.
baju cantek, bawak sampah pun nampak elok aja, kan?

Apatah lagi kalau posing macam ni, hahahaaa




Jum lah kita ke HCMC lagi... bila lah ya?

p/s: lepas kitorang keluar dari Hong Anh no 2 ni, ada geng dari Malaysia tanya kat mana kedai tu, sesat jugak katanya.. Tipsnya: kalau sesat, tanya orang yang pegang shopping bag Hong Anh.

-illuminate, enlighten, enable-