Wednesday, November 30, 2011

DO's and DON'Ts in bangkok-pattaya trip

Assalamualaikum semua.... 
Dah masuk kerja balik selepas bercuti sempena awal muharram 1433H. Cuti 'panjang' kali ini membawa ku ke bangkok dan pattaya sesama cikcak, niknad and niknad's parents. 

There are some tips perjalanan kali ini yang masih segar bugar di ingatan untuk rujukan di kemudian hari dan untuk u all yang mencari2 info ya...

# jangan percaya bulat2 news dlm tivi tanpa selidik betul2 keadaan kat bangkok yang sebenarnya... i mean, banjir yang tercanang sana-sini, sebenarnya central bangkok and most of the tourist attraction places kering-kontang. Tu je pon kan tempat yang u all akan gi kan? kecuali kalau misi u ll ke bangkok untuk tolong mangsa banjir, memang akan jumpa lah tempat banjir yang dalamnya sampai lubang hidung tu.

# kalau nak ke Pattaya dari airport Suvarnabhumi (pronounce as suvarnabhum) ada kaunter tiket bas di Floor 1 belah arrival area www.belltravelservice.com dan INGAT.... ianya mesti ditempah dulu sekurang2nya sehari sebelum samada untuk trip BKK-PTY atau PTY-BKK. Jangan main boh aja, alamatnya menapaklah u all naik bathbus atau taxi ke Air-Conditioned Bus Terminal Pattaya-Bangkok (macam kami, hahahaaaa).  

# print peta atau alamat dlm tulisan thai dan rupa bentuk tmpat yang u all nak pegi tu utk mudahkan proses penyampaian maklumat kepada driver bathbus, receptionist hotel dan org2 sekeliling yang tak faham bahasa inggeris, bahasa melayu apatah lagi loghat kedah atau loghat tganung. Jati diri tinggi sungguh orang siam ni. Kalau rasa2 nak pinjam iron dgn housekeeping kat hotel, bawaklah flashcard anak2 anda, sangat membantu. Buat gaya pun tak paham weiiiiiiii.....  

# jangan putus semangat nak pegi tempat yang u all dah plan kalau driver kata tempat yang u all nak pegi tu jauh, sebenarnya tak lah jauh mana pun, tapi dia sbnrnya nak naikkan harga tambang bathbus tu aja dan kelebihannya u all dapat charter bathbus tu, org lain xboleh naik dah. Kalau group trip u all 8-10 org memang berbaloi je. Boleh mintak tawar tambah juga sebelum deal. Try tawar separuh dari harga asal. 

# banyak kedai makan halal area Pattaya beach. Kebanyakannya makanan middle east. Sedap sungguh makan Lebanese cuisine. Tak payah lah nak berusaha untuk makan kat kedai tempatan kalau tulis halal bukan main tapi perangai macam harem... P/S: clue nya kedai makan hampeh yang setentang dengan Jomtien beach tu.  
layanan yang tiptop (waiter pun merenung tgk i suap makanan kan) dan makanan yang lazat, tak sia2 blah dari kedai hampeh tu

#  Pergilah bergambar di viewpoint Pattaya. Cantik untuk captured seluruh Pattaya. 

# Google map masjid, akan jumpa lah kedai2 makan halal. Insyaallah, kalau kita berusaha ke arah kebaikan, segalanya mudah. Ada juga kedai bakeri valida yang halal i terbaca di pintu pagar masjid, teringin nak cari tapi tak berkesempatan. 


# Tiada lagi Carrefour Pattaya bermula September 2011 katanya, dah tukar ke BigC dah pun. Ni landmark untuk u all yang nak gi cari kedai makan halal di pattaya-klang road 3 dan road 11 ya. 

# Harga tiket bas PTY-BKK (untuk berhenti di eastern terminal a.k.a Ekamai) di Air-Conditioned Bus Terminal Pattaya-Bangkok ialah 113Bath/pax. bas yang we all naik jam 3.30 ptg waktu tempatan. Naik bas ni pun ada bag-tagging tau, dan tokey bas bertanggungjawab terhadap u all punya bag sepanjang perjalanan ni.... bagus.


# Smpai di Ekamai, boleh naik BTS Ekamai atau pun boleh naik taxi aje ke hotel. 

.... to be continued

-illuminate, enlighten, enable-

No comments:

Post a Comment