Wednesday, November 30, 2011

DO's and DON'Ts in bangkok-pattaya trip (sambungan)

.... bersambung siaran lagi ya

Assalamualaikum,
Tips tersiar di sini adalah berdasarkan pengalaman semata, kisah percutian setiap individu adalah unik dan bersifat sendiri kena sendiri tanggung.. heheee.. anyway, sharing is caring katanya...

tips seterusnya:

# Taxi driver di pattaya lebih sopan berbanding taxi driver di bangkok yang sangat rude. bila terkena beberapa kali dalam selang minit, conclusion ini dibuat. Dah kau tanak pakai meter, terima je lah yang org pun tanak naik dengan harga yang kau letak tu... mungkin we all yang terkena dgn yang rude, tapi berhati2 lah, jangan buat mcm cikcak yang dah siap2 gi masuk dlm taxi tu, nasib baik dia smpat loncat keluar sebelum driver tu tekan pedal minyaknya sekuat hati... berdesup sentap jantung tu....

# Pemilihan hotel yang dekat dengan BTS amat membantu, carilah hotel sedekat mungkin sbb kalau kaki dah lenguh jalan seharian, smpai di stesen BTS nak smbung jalan lagi 500 meter ke hotel pon, rasa macam duri tertikam kaki ku sendiri.

# Beli BTS One-Day pass. Pilihan yang lebih bijak.

# Pastikan anda, kaki dan betis anda fit dan gagah perkasa jika memasang angan untuk guna BTS atau MRT sepanjang percutian anda di Bangkok. Sepasang kasut yang selesa dan tahan lasak sangat diperlukan.. jum beli walking shoes baru, kawan-kawanku... 

# Next trip kalu pegi lagi ke bangkok, "cikcak...please call and book Mr. Samart ASAP... i nak shopping dengan beria dan tenang ni"...

# Keluar untuk ke pasar chatuchak seawal mungkin, tak ramai orang lagi time tu. Naik BTS pon senang, brenti di Mo Chit, nampak signboard to Chatuchak market (CM), turun tangga sebelah kanan masuk pagar ke garden yang jadi jalan pintas masuk chatuchak market. Kalau naik MRT, brenti di stesen Kamphaeng Phet. 

# Kedai makanan halal di CM, 3 tapak aje dari menara jam di tengah2 CM tu. pusing2, celik2 mata luas, insyaallah nampaklah kedai2 tu. Tak jauh antara kedai Saman Islam dgn Kah Jak tu. Kat tepi menara jam ni pon ada peta seluruh CM.


# Tetapkan motif shopping supaya tak buang masa di seksyen yang u all taknak. Rujuk peta CM ya, print cantik2 macam niknad buat...hehee.. Kalau lah i ada seminggu di CM ni, alangkah indahnya..

# Plan masa sebijaksana mungkin untuk puaskan hati dan puaskan poket jua. Kalau dah berkenan dgn barang tu, tawar harga dan kalu rasa reasonable, beli terus. dah bleh jimat masa. Banyak masa ada, banyak lagi tempat boleh pergi kan.... Shopping mall pon ada banyakkkkk dan tak sempat nak pergi semua...

# Ni je lah tempat banjir yang we all jumpa sepanjang trip ni, ni pon jalan balik dari floating market ke suvarnabhumi airport dah pun.





# Best lah bangkok ni, jum pegi lagi niknad, cikcak....

Sekian, trip kali ini sangat memberi kepuasan, penuh rintangan dan dipermudahkan.

-illuminate, enlighten, enable-

No comments:

Post a Comment