Thursday, November 3, 2011

semoga ku tidak bodoh

Aku tak mahu jadi bodoh, aku tak mahu jahil, aku tak mahu ada sikap ambil mudah, aku memang lebih suka cerewet, aku nak jadi orang yang memandang lebih jauh, melihat segenap aspek, membuat keputusan paling baik, ambil kira semua faktor, tidak menyusahkan diri sendiri dan paling penting tidak menyusahkan orang lain. Apa rasanya jika hidup kita sendiri diambil mudah? rasa terabai kan? sama juga dengan orang lain, yang tak ada kaitan dengan kita pasti akan ada kaitan dengan orang lain. Kalau rasa suatu benda tu tak pa, tak pa, tak pa sebenarnya ianya apa kepada orang lain. Tolonglah buka minda, pandang ke depan, nilai kesan tindakan yang diambil hari ini jangan sampai kekesalan berlaku di hari lebih kemudian. Selamat diri tapi zalim pada yang lain bila tidak meletakkan sesuatu pada tempatnya.

 
Rasulullah s.a.w bersabda, "Sesungguhnya, Allah suka apabila salah seorang dari kamu melaksanakan sesuatu tugas, hendaklah ia diperhalusi (diteliti)".
-illuminate, enlighten, enable-

2 comments: